About HNZ Homestay

Homestay Penang

HNZ Homestay merupakan satu cabang perniagaan di bawah HNZ ENT. HNZ Homestay dibina di atas tanah seluas 1 ekar dan terletak di kawasan permatang pauh dimana kedudukannya bersebelahan dengan UiTM Permatang Pauh dan Politeknik Seberang Prai.

HNZ Homestay di lancarkan pada bulan February 2014, dengan kapasiti 4 unit homestay. Setiap unit homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, dapur, ruang tamu, bilik air dan parking yang luas. Dengan kedudukan homestay yang terletak di kawasan kampong pinggir Bandar Perda, menyajikan suasana yang aman dan tenang kepada pengunjung. Bermula September 2014, kami menambah 3 unit lagi homestay dan keseluruhannya sebanyak 7 buah homestay

Misi HNZ Homestay adalah untuk menyediakan perkhidmatan penginapan yang murah, bajet, selesa kepada bakal pengunjung yang datang ke Pulau Pinang (Penang) sama ada bercuti, urusan kerja, urusan pendaftaran university, konvokesyen, kenduri, rombongan sekolah dan sebagainya

Kami menerima kapasiti tetamu yang ramai pada masa yang sama. Dengan bilangan 7 buah homestay di dalam kawasan yang sama, memudahkan pengunjung datang dan menempah homestay dengan kuantiti unit lebih dari sebuah. Pakej Barbecue (BBQ) dan Breakfast juga disediakan jika memerima permintaan dari pengunjung

front-view depanHomestay FGHDSC_0060DSC_0095DSC_0592

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*